Panduan "Modified Mercalli Intensity Scale"
| Intensiti | Keterangan |
|---|---|
| I | Gegaran tidak dirasai. |
| II | Gegaran dirasakan oleh beberapa orang sahaja yang berada dalam keadaan pegun terutama di tingkat atas bangunan tinggi. Objek-objek ringan yang bergantungan akan bergoyang atau berayun. |
| III | Gegaran dirasai nyata di dalam rumah atau bangunan tetapi tidak disedari sebagai getaran gempa bumi. Getaran seperti seolah-olah sebuah trak ringan bergerak dan jangka masa getaran boleh dianggarkan. |
| IV | Gegaran dirasakan oleh ramai orang pada waktu siang dan malam, gegaran boleh menyebabkan beberapa orang terbangun. Tingkap, pinggan mangkuk, pintu bergetar dan kaca berdenting. Dinding kayu dan rangka bangunan berbunyi. Getaran seperti seolah-olah sebuah trak berat menghentam dinding. |
| V | Gegaran dirasakan oleh hampir semua penduduk. Orang yang tidur terjaga. Objek-objek yang tidak stabil berubah tempat. Pintu berayun, terbuka dan tertutup. Bidai, bingkai gambar dan pokok bergoyang. |
| VI | Gegaran dirasakan oleh semua penduduk. Kebanyakan orang terkejut dan berlari ke luar bangunan. Berjalan dalam keadaan tidak stabil. Perabut bergerak dan berubah tempat, siling dan dinding retak. Kerosakan ringan berlaku. |
| VII | Semua orang keluar dari rumah. Kerosakan ringan pada rumah dan bangunan yang dibina dengan struktur yang baik tetapi pada bangunan dengan struktur yang kurang baik terjadi keretakan. Dirasai oleh orang yang menaiki kenderaan. |
| VIII | Kerosakan ringan pada bangunan yang mempunyai struktur yang kuat. Keretakan pada bangunan yang mempunyai struktur kurang baik. Dinding panel yang terkeluar dari struktur rangka. Serombong dan monumen-monumen roboh. Air perigi atau kolam menjadi keruh. Orang yang menaiki kenderaan terganggu. |
| IX | Kerosakan pada bangunan yang berstruktur kuat, rangka-rangka rumah menjadi tidak lurus dan banyak yang retak. Bangunan dan rumah berganjak dari lokasinya. Paip-paip bawah tanah pecah. |
| X | Kerosakan pada bangunan yang berstruktur kayu, rangka bangunan dan rumah musnah, terjadi rekahan dalam tanah, rel-rel di landasan rosak, tanah runtuh di kawasan yang curam dan berdekatan sungai. |
| Intensity | Shaking | Description/Damage |
|---|---|---|
| I | Not felt | Not felt except by a very few under especially favorable conditions. |
| II | Weak | Felt only by a few persons at rest,especially on upper floors of buildings. |
| III | Weak | Felt quite noticeably by persons indoors, especially on upper floors of buildings. Many people do not recognize it as an earthquake. Standing motor cars may rock slightly. Vibrations similar to the passing of a truck. Duration estimated. |
| IV | Light | Felt indoors by many, outdoors by few during the day. At night, some awakened. Dishes, windows, doors disturbed; walls make cracking sound. Sensation like heavy truck striking building. Standing motor cars rocked noticeably. |
| V | Moderate | Felt by nearly everyone; many awakened. Some dishes, windows broken. Unstable objects overturned. Pendulum clocks may stop. |
| VI | Strong | Felt by all, many frightened. Some heavy furniture moved; a few instances of fallen plaster. Damage slight. |
| VII | Very strong | Damage negligible in buildings of good design and construction; slight to moderate in well-built ordinary structures; considerable damage in poorly built or badly designed structures; some chimneys broken. |
| VIII | Severe | Damage slight in specially designed structures; considerable damage in ordinary substantial buildings with partial collapse. Damage great in poorly built structures. Fall of chimneys, factory stacks, columns, monuments, walls. Heavy furniture overturned. |
| IX | Violent | Damage considerable in specially designed structures; well-designed frame structures thrown out of plumb. Damage great in substantial buildings, with partial collapse. Buildings shifted off foundations. |
| X | Extreme | Some well-built wooden structures destroyed; most masonry and frame structures destroyed with foundations. Rails bent. |