← Laman Utama

📚 Arkib & Ranking

Karya

129

Penyair

4

Undian

98

Minggu 16, 2026 LIHAT DETAIL ▾
📝 3 Pantun
👤 1 Penyair
🏆 Pemenang Mingguan
Tanam petola Diatas dulang,
Di Dalam baldi ditanam lada;
kiranya harta dipandang orang,
Perlukah budi disemai sama.
🥇 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
Membeli rempah bersama halba,
Dibuat jamu dalam masakan;
Apa serapah apakah rahsia,
Melihat kamu terus tertawan.
🥈 Zumaidi Zainuddin 4.0 ⭐
Datang bertamu ke rumah jiran,
Jangan diredah tak kena masa;
Melihat kamu terus tertawan,
Apakah sudah orang yang punya.
🥉 Zumaidi Zainuddin 3.5 ⭐
👤 Zumaidi Zainuddin 3 Pantun ▾
Tanam petola Diatas dulang,
Di Dalam baldi ditanam lada;
kiranya harta dipandang orang,
Perlukah budi disemai sama.
Rating: 5.0
Membeli rempah bersama halba,
Dibuat jamu dalam masakan;
Apa serapah apakah rahsia,
Melihat kamu terus tertawan.
Rating: 4.0
Datang bertamu ke rumah jiran,
Jangan diredah tak kena masa;
Melihat kamu terus tertawan,
Apakah sudah orang yang punya.
Rating: 3.5
Minggu 15, 2026 LIHAT DETAIL ▾
📝 36 Pantun
👤 4 Penyair
🏆 Pemenang Mingguan
Pucuk ubi masak tempoyak,
Ikan darat goreng berlada;
Disemai budi pada yang layak,
Baru berkat harta yang ada.
🥇 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
Sungguh malang terjatuh tangga,
Sakit terperi bukan kepalang;
Aib orang diheboh segala,
Dosa sendiri bergunung ganang.
🥈 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
Segak jejaka dipanggil abang,
Lawa sidara manis sekali;
Banyak harta dikumpul orang,
Ilmu juga dipandang tinggi.
🥉 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
👤 Zumaidi Zainuddin 30 Pantun ▾
Pucuk ubi masak tempoyak,
Ikan darat goreng berlada;
Disemai budi pada yang layak,
Baru berkat harta yang ada.
Rating: 5.0
Sungguh malang terjatuh tangga,
Sakit terperi bukan kepalang;
Aib orang diheboh segala,
Dosa sendiri bergunung ganang.
Rating: 5.0
Segak jejaka dipanggil abang,
Lawa sidara manis sekali;
Banyak harta dikumpul orang,
Ilmu juga dipandang tinggi.
Rating: 5.0
Sungguh malang terjatuh tangga,
Sakit terperi bukan kepalang;
Aib orang diheboh segala,
Dosa sendiri bergunung ganang.
Rating: 5.0
Dibuat sayur siulam raja,
Dicampur cuka jadi kerabu;
Sudah termasyhur petua berjaya,
Rajin membaca bertambah ilmu.
Rating: 5.0
Anak mamu menjual camca,
Camca juga dipanggil sudu;
Banyakkan ilmu dengan membaca,
Moga menjadi bangsa yang maju.
Rating: 5.0
Riuh rendah bunyinya jentera,
Membuat kerja tak kira waktu;
Mudah sungguh nasihat pujangga,
Tak suka membaca tiadalah ilmu.
Rating: 5.0
Tempat tinggi jangan dipanjat,
Kalau tiada bersedia tangga;
Mendam Berahi hebat teramat,
Flor de la Mar pula dibuat puja.
Rating: 5.0
Jika diperah susu sebelanga,
Nila setitik di dekat jangan;
Jika berbalah tak ingat dunia,
Orang ke depan kita kemunduran.
Rating: 5.0
Mari ditutuh si dahan reput,
Agar tidak menimpa orang;
Jangan digaduh jangan direbut,
Ada kemelut bawa berbincang.
Rating: 5.0
Naik bahtera ke negeri China,
Ilmu dicari bijakkan diri;
Agar bangsa maju sejahtera,
Kepentingan diri tolak ke tepi.
Rating: 5.0
Dari Bentan ke Kota Melaka,
Datang membantu di medan perang;
Harap watan hayati budaya,
Agar Melayu kembali dijulang.
Rating: 5.0
Tawas berupa seakan garam,
Putih warnanya rasa pun kelat;
Kalau dilupa sejarah silam,
Kelak bangsa kembali merempat.
Rating: 5.0
Kalau bayu bertiup kencang,
Lekaslah pulang elak gelora;
Adakah Melayu sudah hilang,
Kalau hilang mana kuburnya?.
Rating: 5.0
Pasang atap daun rumbia,
Tali tiada diikat rotan;
Salah silap adat manusia,
Kalau terasa harap maafkan.
Rating: 5.0
Dihujung desa menggali perigi,
Dipasang atap menahan hujan;
Budaya kita disanjung tinggi,
Kurang beradab elok jauhkan.
Rating: 5.0
Menahan lukah di hari petang,
Cari rezeki tanggung keluarga;
Agar maruah tidak menghilang,
Jati diri perkuatkan bangsa.
Rating: 4.3
Bunga kertas warnanya putih,
Dipetik orang jadi hiasan;
Usaha keras janganlah letih,
Kelak tercapai segala impian.
Rating: 4.0
Tanam padi dalam paya,
Mari dijala si ikan puyu;
Baik budi indah bahasa,
Adab kita memang begitu.
Rating: 4.0
Tanam padi mesti berguru,
Kelak tentu menjadi beras;
Rahsia jadi orang berilmu,
Baca buku janganlah malas.
Rating: 4.0
Baju berpesak sedap dipakai,
Dijahit saku menambah guna;
Petua berjaya sibijak pandai,
Jadikan buku peneman setia.
Rating: 4.0
Bertiup angin di kala senja,
Jika sejuk tutuplah pintu;
Petua ingin peroleh jaya,
Tuntut ilmu sebilang waktu.
Rating: 4.0
Memakan jamu siawet muda,
Wajah jelita menawan kalbu;
Bangsa berilmu wawasan mulia,
Bangsa membaca bangsa yang maju.
Rating: 4.0
Memotong kayu sehabis kudrat,
Gigih usaha menyara keluarga;
Budaya Melayu sejarahnya hebat,
Bangkitlah semula menjulang nama.
Rating: 4.0
Pergi ke kebun menanam ubi,
Ubi kayu dibuat makan;
Sopan santun banyak berbudi,
Adab Melayu muliakan insan.
Rating: 3.7
Belok kiri pusing kanan,
Cari idea elakkan bala;
Elok pekerti bernas fikiran,
Tabiat membaca punca segala.
Rating: 3.0
Buah mangga jadi santapan,
Dihidang jamu kepada raja;
Ekonomi jaya tanda kemajuan,
Rakyat berilmu kejayaan negara.
Rating: 3.0
Sukanya hati bila bercinta,
Berjanji temu tak kira masa;
Sudah terbukti satu dunia,
Bangsa berilmu bangsa berjaya.
Rating: 2.0
Tegap tampan pahlawan diraja,
Pantang gugup dalam sengketa;
Cakap bersopan tingkah dijaga,
Pasti hidup aman sentosa.
Rating: 2.0
Rumah kayu berbilang tangga,
Bertiang seri banyak jendela;
Tak Melayu hilang di dunia,
Jati diri benteng utama.
Rating: 2.0
👤 Sakinah Sakinah 1 Pantun ▾
Cindai baldu puteri Selasih,
Menutup dada tambah bergaya;
Andai rindu berinti kasih,
Dimana berada pasti setia.
Rating: 5.0
👤 Zumaidi Zainuddin 4 Pantun ▾
Menahan lukah di hari petang,
Cari rezeki tanggung keluarga;
Agar maruah tidak menghilang,
Jati diri perkuatkan bangsa.
Rating: 4.7
Apa nak buat si ikan parang,
Tulangnya banyak isi sedikit;
Apa nak buat bininya garang,
Salah secubit marah sebukit.
Rating: 4.7
Mari membuat tauhu sumbat,
Petang dan pagi boleh dimakan;
Rahsia bersahabat kekal terikat,
Hutang dan budi dilupa jangan.
Rating: 4.0
Bertiup angin di kala senja,
Jika sejuk tutuplah pintu;
Petua ingin peroleh jaya,
Tuntut ilmu sebilang waktu.
Rating: 3.3
👤 Pemantun Misteri 1 Pantun ▾
Kalau siang terasa lambat,
Ubatnya tidur terus menerus;
Kalau pancang tidak bertambat,
Pasir kan hanyut bersama arus.
Rating: 2.5
Minggu 14, 2026 LIHAT DETAIL ▾
📝 30 Pantun
👤 1 Penyair
🏆 Pemenang Mingguan
Apa guna pergi belayar,
Kalau takut ombak menderu;
Apa guna bercakap besar,
Kalau kedekut menabur ilmu.
🥇 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
Daun kantan dikerat - kerat,
Rasanya kelat dibuat ubat;
Hidup berjiran saling muafakat,
Jiran sepakat membawa berkat.
🥈 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
Makan bersudu bersama garpu,
Tiada sudu gunakan camca;
Baca buku bertambah ilmu,
Bila berilmu boleh berjasa.
🥉 Zumaidi Zainuddin 4.0 ⭐
👤 Zumaidi Zainuddin 30 Pantun ▾
Apa guna pergi belayar,
Kalau takut ombak menderu;
Apa guna bercakap besar,
Kalau kedekut menabur ilmu.
Rating: 5.0
Daun kantan dikerat - kerat,
Rasanya kelat dibuat ubat;
Hidup berjiran saling muafakat,
Jiran sepakat membawa berkat.
Rating: 5.0
Makan bersudu bersama garpu,
Tiada sudu gunakan camca;
Baca buku bertambah ilmu,
Bila berilmu boleh berjasa.
Rating: 4.0
Suara kuat laungkan azan,
Sudah iqamat solat segera;
Pegang nasihat Nabi junjungan,
Jagalah solat tiang agama.
Rating: 4.0
Makan durian berguna-guni,
Walau berduri rasanya enak;
Sesama jiran perlu harmoni,
Pentingkan diri harus dielak.
Rating: 4.0
Ikan pelaga terkenal sombong,
Sombong kerana cantik bergaya;
Pandai meniaga pasti beruntung,
Tekun membaca pasti berjaya.
Rating: 3.0
Bunga di taman cantik berseri,
Elok rupanya bau pun wangi;
Hidup berjiran tak boleh sendiri,
Bertegur sapa baru harmoni.
Rating: 2.0
Ayam percik dibuat makan,
Kuah tiada ditambah santan;
Walau licik mainan mu kawan,
Jangan negara jadi gadaian.
Rating: 0.0
Buat pengat santan durian,
Gula Melaka penambah rasa;
Perlu diingat warisan zaman,
Sejarah dilupa rosaklah bangsa.
Rating: 0.0
Jika rebah bangun segera,
Jurus silat elak mudarat;
Bila berpecah lemah segala,
Bila muafakat menjadi kuat.
Rating: 0.0
Bukan mengada menunjuk hebat,
Ilmu bersilat warisan keramat;
Bina keluarga asasnya shariat,
Didiklah zuriat menjunjung adat.
Rating: 0.0
Jangan cuba mengacau angsa,
Takut badan kena gigitan;
Jangan dilupa sejarah bangsa,
Buat sempadan buat teladan.
Rating: 0.0
Cincin suasa jadi penanda,
Agar jodoh tidak ke mana;
Sesama kita elakkan sengketa,
Melaka jatuh khianat puncanya.
Rating: 0.0
Tanam pandan atas balkoni,
Membela patin dalam paya;
Rakyat aman hidup harmoni,
Warga rajin bangsa berjaya.
Rating: 0.0
Bila berduit belanja sakan,
Macamlah duit berkoyan-koyan;
Ada duit dibuang jangan,
Belanja kawan erat hubungan.
Rating: 0.0
Kayu balak dibuat pasak,
Pasak rumah Melayu jati;
Jangan bongkak bila di puncak,
Jatuh ke bawah mencium bumi.
Rating: 0.0
Tanam pokok di tepi tingkap,
Dahan patah tingkap pun pecah;
Buat sebuk banyak bercakap,
Kerja tak sudah kenalah marah.
Rating: 0.0
Hujan di luar sejuk di dalam,
Kopi panas pasti mengancam;
Bawa bersabar kalau dikecam,
Tarik nafas mata dipejam.
Rating: 0.0
Hijau muda si daun pisang,
Boleh guna buat bungkusan;
Kalau tua mencari senang,
Usia muda jangan abaikan.
Rating: 0.0
Kereta beratur di simpang jalan,
Mencari tanda arah nak pergi;
Jangan terlanjur dalam berkawan,
Gurau senda elok batasi.
Rating: 0.0
Hujung ranting ada bunga,
Putih warna cantik berseri;
Budaya asing jangan dihina,
Budaya kita harus sanjungi.
Rating: 0.0
Namanya cili digelar lada,
Pedas rasanya sudahlah tentu;
Apa nak isi di dalam dada,
Pasti isinya iman dan ilmu.
Rating: 0.0
Batu kerikil dibuat hiasan,
Hiasan dibuat dalam taman;
Janganlah bakhil sesama insan,
Nanti tak berkat harta simpanan.
Rating: 0.0
Pokok hijau di tengah kota,
Mari dibuat tempat bersantai;
Jangan dirisau tidak berharta,
Bekalan akhirat lebih bernilai.
Rating: 0.0
Kucing ku tangkap ku simpan bela,
Penyejuk hati di kala sunyi;
Kurangkan cakap banyakkan kerja,
Sampai mati orang memuji.
Rating: 0.0
Daun muda hijau warnanya,
Kuning pula di hujung dahan;
Seronok dunia ada batasnya,
Sampai masa dijemput Tuhan.
Rating: 0.0
Letak kereta berselang seli,
Jangan pula jalan terhalang;
Suka mengata amalan keji,
Esok lusa dibenci orang.
Rating: 0.0
Main ombak di tepi pantai,
Kejap berlari kejap berdiri;
Jangan berlagak kalaupun pandai,
Merendah diri lagi terpuji.
Rating: 0.0
Cantik bunga di tepi jalan,
Tangan gatal nak ku petik;
Kita usaha maju ke depan,
Jika gagal janganlah serik.
Rating: 0.0
Tinggi menara hingga ke awan,
Menjadi tanda masjid di mana;
Walau dunia sudah kau tawan,
Akhirat pula jangan kau lupa.
Rating: 0.0
Minggu 13, 2026 LIHAT DETAIL ▾
📝 30 Pantun
👤 1 Penyair
🏆 Pemenang Mingguan
Buah oren dipotong nipis,
Dibuat air hilang dahaga;
Hati baik mulut pun manis,
Itulah tanda orang mulia.
🥇 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
Unjukkan saya sibuah peria,
Buat penawar seribu khasiat;
Tunjukkan kita rakyat setia,
Bendera dikibar tanda hormat.
🥈 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
Tanah subur di hujung salur,
Tumbuh berseri bunga melati;
Sudah tersohor negara makmur,
Menara tertinggi menjadi bukti.
🥉 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
👤 Zumaidi Zainuddin 30 Pantun ▾
Buah oren dipotong nipis,
Dibuat air hilang dahaga;
Hati baik mulut pun manis,
Itulah tanda orang mulia.
Rating: 5.0
Unjukkan saya sibuah peria,
Buat penawar seribu khasiat;
Tunjukkan kita rakyat setia,
Bendera dikibar tanda hormat.
Rating: 5.0
Tanah subur di hujung salur,
Tumbuh berseri bunga melati;
Sudah tersohor negara makmur,
Menara tertinggi menjadi bukti.
Rating: 5.0
Tingkap kayu berukir kerawang,
Intai burung mengelak jemu;
Sedih dan sayu si anak dagang,
Orang di kampung tidak ketemu.
Rating: 5.0
Bayang bayang dalam tasik,
Takkan pecah macam cermin;
Anak cemerlang perlu dididik,
Bila dah besar hidup terjamin.
Rating: 4.5
Jalan ke pekan bersama rakan,
Singgah makan ikan gelama;
Kongsi makanan jadi amalan,
Petua aman hidup bersama.
Rating: 4.5
Di atas awan di bawah lautan,
Rehatkan badan tenangkan hati;
Hajat berkawan dapat perkenan,
Salam perkenalan hamba mulai.
Rating: 4.0
Sayang kucing kenalah jaga,
Dibiar jangan mengacau jiran;
Ambil rasuah rosakkan negara,
Penguasa jujur Malaysia aman.
Rating: 4.0
Mayang diikat celah pelepah,
Guna daun di pangkal batang;
Pikat memikat perlulah tabah,
Lambat laun datanglah sayang.
Rating: 4.0
Mari dipuja si ayam sabung,
Nampaklah gagah di depan lawan;
Kurang belanja banyak menabung,
Tatkala susah tidak terbeban.
Rating: 4.0
Jalan sesak di waktu petang,
Kereta berhenti jalan terhalang;
Jangan dirosak nama cemerlang,
Hidup dan mati dikecam orang.
Rating: 3.5
Buah belimbing masam rasanya,
Dijadi sambal bersama cabai;
Mari membimbing anak remaja,
Agar menjadi orang yang pandai.
Rating: 3.5
Daun selasih harum baunya,
Dalam dulang dibuat hidang;
Kalau berkasih biarlah setia,
Kalau curang amatlah malang.
Rating: 3.5
Lepas bekerja terasa penat,
Rehatkan diri kumpul tenaga;
Lancar selesa lagi selamat,
Lebuhraya jadi pilihan semua.
Rating: 3.0
Di tepi paya mengail gelama,
Gelama besar ada di kali;
Sentiasalah sedia untuk bencana,
Panjatkan doa agar dilindungi.
Rating: 3.0
Di bawah pokok semalu melata,
Sejuk cuaca cepatlah tumbuh;
Jalak berkokok berbuat jasa,
Membawa tanda tibanya Subuh.
Rating: 3.0
Nasi lemak ayam rendang,
Teh tarik manisnya kurang;
Jangan berlagak hidup senang,
Ingat sikit susahnya orang.
Rating: 2.0
Naik kapal mudik ke hulu,
Kapal tersekat di tengah kuala;
Datangnya ajal tak tahu waktu,
Mengapa solat bertangguh masa?.
Rating: 0.0
Membuat rumah di tepi paya,
Boleh menjoran dari jendela;
Solat jemaah besar pahala,
Saf hadapan pahala berganda.
Rating: 0.0
Mari berburu ke puncak gunung,
Pakai sepatu berbalut kain;
Kenapa wajahmu nampak murung,
Adakah kekasih tertarik yang lain.
Rating: 0.0
Beli ubat di tengah pekan,
Ubat kuat bukan sebarang;
Saf dirapat kalahkan syaitan,
Barulah solat jadi cemerlang.
Rating: 0.0
Menjoran ikan di tepi lombong,
Joran patah diganti kayu;
Sesama jiran janganlah sombong,
Kita susah, jiran yang bantu.
Rating: 0.0
Perah santan dibuat pengat,
Pisang tanduk jadi ramuan;
Banyak amalan bekalan akhirat,
Bukan menunjuk bukan lakonan.
Rating: 0.0
Batang rotan diikat - ikat,
Agar kuat jadi pintalan;
Hidup berjiran harus muafakat,
Agar masyarakat sentiasa aman.
Rating: 0.0
Dipotong tulang besar-besar,
Dibuat sup sedap dimakan;
Kalau hutang langsai terbayar,
Pasti hidup terasa aman.
Rating: 0.0
Kalau siang terasa lambat,
Ubatnya tidur terus menerus;
Kalau pancang tidak bertambat,
Pasir kan hanyut bersama arus.
Rating: 0.0
Pergi ke surau membaca kitab,
Sudah tamat jangan lupakan;
Bila merantau jagalah adab,
Agar dihormat orang tempatan.
Rating: 0.0
Batu bata disusun rata,
Sudah siap nampak teratur;
Saya cipta pantun seloka,
Salah silap silalah tegur.
Rating: 0.0
Pusing pusing mencari barang,
Sambil tengok kelaku orang;
Ilmu penting bukan sebarang,
Menjadi pahala diamal orang.
Rating: 0.0
Kuning mentari di hujung petang,
Laut berangin sepoi bahasa;
Waktu yang hilang takkan berulang,
Jangan ingin membuang masa.
Rating: 0.0
Minggu 12, 2026 LIHAT DETAIL ▾
📝 30 Pantun
👤 1 Penyair
🏆 Pemenang Mingguan
Bunga mekar di dalam taman,
Nampak indah berseri-seri;
Bila dah besar kuatkan iman,
Semoga kalah godaan keji.
🥇 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
Angin bayu di waktu petang,
Masuk menderu ke muka pintu;
Sedih dan sayu si anak dagang,
Bila rindu kampung dituju.
🥈 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
Waktu Maghrib hujan renyai,
Isyak tiba hujan berhenti;
Solat wajib sudah tertunai,
Marilah pula mencari rezeki.
🥉 Zumaidi Zainuddin 5.0 ⭐
👤 Zumaidi Zainuddin 30 Pantun ▾
Bunga mekar di dalam taman,
Nampak indah berseri-seri;
Bila dah besar kuatkan iman,
Semoga kalah godaan keji.
Rating: 5.0
Angin bayu di waktu petang,
Masuk menderu ke muka pintu;
Sedih dan sayu si anak dagang,
Bila rindu kampung dituju.
Rating: 5.0
Waktu Maghrib hujan renyai,
Isyak tiba hujan berhenti;
Solat wajib sudah tertunai,
Marilah pula mencari rezeki.
Rating: 5.0
Pokok pinang berbuah lebat,
Mari kait jadi hantaran;
Waktu senang kena berjimat,
Banyak duit baiklah simpan.
Rating: 4.0
Hari hujan di waktu senja,
Hati berdebar menunggu sidang;
Datangnya ujian tanpa diduga,
Banyak bersabar hatikan tenang.
Rating: 4.0
Mari dipanjat pohon kelapa,
Kelapa muda jadi idaman;
Doa dipanjat kepada yang Esa,
Tapi usaha dilupa jangan.
Rating: 4.0
Cicah roti bersama budu,
Hendak diulang terasa kenyang;
Hampanya hati tatkala rindu,
Hendak pulang kerja menghalang.
Rating: 4.0
Makan bersudu bersama garpu,
Tiada sudu gunakan camca;
Baca buku bertambah ilmu,
Bila berilmu boleh berjasa.
Rating: 3.0
Maniskan muka janganlah malu,
Jadi petua orang berniaga;
Warga membaca banyak ilmu,
Ilmu berguna majukan negara.
Rating: 3.0
Indah desa sepanjang zaman,
Kota pula tempat berbudi;
Walau harta dikejar insan,
Ilmu juga warisan abadi.
Rating: 3.0
Dibuat pagar balak sebatang,
Elok kuat sepanjang masa;
Banyak bersabar hati tenang,
Doa dipanjat kepada yang Esa.
Rating: 3.0
Mengail sepat tak dapat-dapat,
Teringin pula si ikan bawal;
Doa dipanjat usaha dibuat,
Lengkapkan pula dengan tawakal.
Rating: 3.0
Mari membuat tauhu sumbat,
Petang dan pagi boleh dimakan;
Rahsia bersahabat kekal terikat,
Hutang dan budi dilupa jangan.
Rating: 3.0
Pagi buta membuat sarapan,
Bawa berkelah dalam taman;
Bukannya harta mengikut insan,
Banyak sedekah itulah bekalan.
Rating: 2.0
Batang dedap dibuat sampan,
Makan nasi ulamnya daun;
Tuan beradab ku balas sopan,
Tak balas budi ku pohon ampun.
Rating: 0.0
Semalu muda tidaklah kuat,
Bila dewasa berduri bisa;
Makhluk tiada upaya kudrat,
Adu cuma pada Penciptanya.
Rating: 0.0
Namanya cili digelar lada,
Pedas rasanya sudahlah tentu;
Apa nak isi di dalam dada,
Pasti isinya iman dan ilmu.
Rating: 0.0
Apa nak buat si ikan parang,
Tulangnya banyak isi sedikit;
Apa nak buat bininya garang,
Salah secubit marah sebukit.
Rating: 0.0
Hujan turun tak henti henti,
Mahu kereta kutukar tongkang;
Baik bertahun jahat sehari,
Jahat juga diingat orang.
Rating: 0.0
Lesung pipit manis senyuman,
Wajah ayu sibibir merah;
Banyak duit baiklah simpan,
Boleh bantu di waktu susah.
Rating: 0.0
Gadis manja wajah berseri,
Tidak jemu dipandang mata;
Banyak harta boleh memberi,
Banyak ilmu besar gunanya.
Rating: 0.0
Dari perahu turun ke sampan,
Lalu di beting buang pendayung;
Kalau mahu Melayu ke depan,
Budaya asing jangan diagung.
Rating: 0.0
Waktu Maghrib hujan renyai,
Bila lebat menembus atap;
Solat wajib sudah tertunai,
Solat sunat jadi pelengkap.
Rating: 0.0
Nyior manis ditebuk gagak,
Nak tebang tiada beliung;
Menangis bukannya budak,
Terbang bukannya burung.
Rating: 0.0
Pasang lampu di tepi jalan,
Lampu menyala hingga ke siang;
Sungguhku rindu kampung halaman,
Apakan daya tak dapat pulang.
Rating: 0.0
Naik beca tidaklah jemu,
Pusing Melaka menjamu mata;
Rajin membaca menambah ilmu,
Ilmu yang banyak menabur jasa.
Rating: 0.0
Pekan sari tempat berniaga,
Elok juga tempat bertemu;
Makan pagi pembuka selera,
Solok lada pasti tak jemu.
Rating: 0.0
Buat minuman si air kelapa,
Teguk beransur hilang dahaga;
Adat berjiran bertegur sapa,
Bertolak ansur elak sengketa.
Rating: 0.0
Banyak jasa pemimpin negeri,
Tidak jemu dikenang bangsa;
Tambah harta carilah rezeki,
Tambah ilmu banyakkan membaca.
Rating: 0.0
Main gitar jadi hiburan,
Diiring pula paduan suara;
Telefon pintar jadi pilihan,
Buku pula jangan dilupa.
Rating: 0.0