SOALAN LAZIM ยท SKIM PERKESO BAHARU

Skim LINDUNG 24 Jam
(SKBBK)

Perlindungan keselamatan sosial baharu daripada PERKESO โ€” melindungi pekerja bukan sahaja semasa bekerja, tetapi 24 jam sepanjang tempoh penggajian, termasuk kemalangan di rumah, dalam perjalanan peribadi, atau semasa bercuti.

Berkuat kuasa
1 Jun 2026
Ditanggung oleh
PekerjaMajikan tiada caruman tambahan
Kadar caruman awal
0.75%Fasa 1, 2026โ€“2028
Jangkaan penerima manfaat
~250,000pekerja setahun
Apa Yang Dilindungi

Kemalangan di luar kerja, kini turut dilindungi.

Sebelum ini, PERKESO hanya melindungi kemalangan berkaitan kerja. SKBBK mengisi jurang itu โ€” selagi kemalangan berlaku dalam Malaysia dan tiada kaitan dengan jenayah atau kecederaan sengaja.

โœ“ Dilindungi
  • Kemalangan balik kampung atau bercuti bersama keluarga
  • Terjatuh dari katil di rumah
  • Kemalangan semasa beribadah atau dalam perjalanan ke tempat ibadah
  • Kemalangan semasa ibadah qurban
  • Aktiviti riadah peribadi โ€” berbasikal, bermain bola, dll.
  • Membaiki kerosakan di rumah sendiri
  • Kemalangan jalan raya di luar urusan kerja
โœ• Tidak Dilindungi
  • Kemalangan semasa bekerja (dilindungi Skim Bencana Pekerjaan sedia ada)
  • Kemalangan akibat jenayah atau disengajakan (self-inflicted)
  • Kemalangan di luar Malaysia
  • Kemalangan sebelum 1 Jun 2026
  • Pekerja bekerja sendiri (guna Akta 789 berasingan)
  • Cuti tanpa gaji tanpa caruman bulan berkenaan
Faedah Yang Disediakan

8 jenis faedah โ€” sama seperti Skim Bencana Pekerjaan.

Jika tuntutan diluluskan, faedah yang sama seperti kemalangan berkaitan kerja turut disediakan bagi kemalangan peribadi di bawah SKBBK.

01
Hilang Upaya Sementara
Bayaran sepanjang cuti sakit diperakui doktor, minimum 4 hari termasuk hari kemalangan.
02
Hilang Upaya Kekal
Bayaran berkala berdasarkan taksiran Jemaah Doktor, kadar gaji dan umur pencarum.
03
Faedah Perubatan
Rawatan percuma di klinik panel PERKESO atau hospital Kerajaan sehingga pulih.
04
Elaun Layanan Sentiasa
RM500 sebulan bagi pekerja yang hilang upaya teruk dan perlu bantuan orang lain.
05
Pemulihan Jasmani/Vokasional
Fisioterapi, alat prostetik/ortotik, latihan kemahiran dan program Return to Work.
06
Faedah Orang Tanggungan
Kepada pasangan, anak dan ibu bapa jika pekerja meninggal akibat kemalangan.
07
Faedah Pengurusan Mayat
RM3,000 dibayar kepada waris atau pihak yang menguruskan jenazah.
08
Faedah Pendidikan
Pinjaman pendidikan untuk anak tanggungan jika pekerja meninggal atau hilang upaya kekal.
Kadar Caruman

Ditanggung sepenuhnya oleh pekerja, secara berperingkat.

Kadar caruman SKBBK dilaksanakan secara berperingkat selama bertahun-tahun supaya kesan kepada gaji bersih pekerja tidak drastik.

0.75%
Fasa 1 ยท Jun 2026 โ€“ Mei 2028
1.00%
Fasa 2 ยท Jun 2028 โ€“ Mei 2031
1.25%
Fasa 3 ยท Mulai Jun 2031

Pecahan caruman Fasa 1 (dari gaji bersiling RM6,000)

SyerBencana PekerjaanSKBBKSkim KeilatanJumlah
Majikan1.25%โ€”0.5%1.75%
Pekerjaโ€”0.75%0.5%1.25%

Had siling gaji semasa: RM6,000. Majikan tidak menyumbang caruman SKBBK kerana sudah mencarum 1.25% untuk Skim Bencana Pekerjaan (termasuk kemalangan pergi-balik kerja).

Soalan Lazim Penuh

45 soalan & jawapan, mengikut kategori.

A. Pengenalan

Apakah itu Skim LINDUNG 24 Jam?
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) โ€” memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja layak sepanjang tempoh penggajian, termasuk kemalangan di luar waktu kerja yang tiada kaitan dengan pekerjaan.
Apakah tujuan skim ini diwujudkan?
Untuk memastikan pekerja dilindungi bukan sahaja daripada kemalangan bencana pekerjaan, tetapi juga kemalangan dalam apa jua bentuk atau situasi lain.
Apakah bentuk keselamatan sosial yang diberikan?
Sama seperti skim PERKESO lain โ€” insurans sosial wajib berasaskan prinsip pengumpulan sumber dan perkongsian risiko (pooling of resources and sharing of risk).
Apakah rasional PERKESO memperkenalkan skim ini?
Untuk melindungi pekerja daripada kemalangan peribadi yang tiada kaitan pekerjaan โ€” contohnya di rumah, semasa bersosial, beriadah, atau dalam perjalanan bukan berkaitan kerja โ€” yang sebelum ini langsung tidak dilindungi.
Siapa yang layak dilindungi?
Semua pekerja warga tempatan dan asing yang diliputi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), bekerja secara bergaji di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan.
Bagaimana skim ini meningkatkan kesejahteraan rakyat?
Golongan pekerja berpendapatan rendah selalunya tidak mampu memiliki insurans persendirian. Skim ini menawarkan perlindungan setanding dengan kos caruman yang jauh lebih rendah daripada premium insurans konvensional.
Berapakah had umur liputan?
Tiada had umur, selagi pekerja masih berstatus pekerja bermajikan.
Bilakah skim ini berkuat kuasa?
1 Jun 2026, pukul 00:00 tengah malam.
Apakah bezanya dengan insurans peribadi?
SKBBK adalah wajib di bawah PERKESO dengan caruman rendah dan liputan 24 jam automatik. Insurans peribadi (Personal Accident/Medical Card) bersifat sukarela, lebih fleksibel, tetapi premiumnya jauh lebih tinggi.
Berapa ramai pekerja dijangka mendapat manfaat?
Sekitar 250,000 pekerja setahun yang mengalami kemalangan bukan berkaitan kerja โ€” kes yang sebelum ini tidak dilindungi di bawah Akta 4.

B. Faedah-Faedah

Adakah pemegang insurans peribadi masih layak menerima faedah SKBBK?
Ya. Kelayakan faedah SKBBK tidak bergantung sama ada pekerja mempunyai insurans atau kad perubatan persendirian yang lain.
Apakah jenis kemalangan yang diliputi?
Kemalangan bukan berkaitan kerja yang berlaku dalam Malaysia di luar waktu bekerja โ€” termasuk semasa balik kampung, bercuti, jatuh di rumah, beribadah, berqurban, riadah, atau membaiki kerosakan rumah sendiri.
Apakah yang TIDAK diliputi?
Bencana kerja sedia ada, kemalangan akibat fraud atau jenayah, kecederaan sengaja/self-inflicted, penyalahgunaan pas oleh pekerja asing, cuti tanpa gaji tanpa caruman bulan berkenaan, kemalangan sebelum jadi pekerja, kemalangan luar Malaysia, dan kemalangan sebelum 1 Jun 2026.
Adakah kemalangan semasa bekerja dilindungi skim ini?
Tidak. Kemalangan semasa bekerja kekal dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan sedia ada.
Adakah kemalangan sebelum tarikh kuat kuasa dilindungi?
Tidak. Hanya kemalangan berlaku pada atau selepas 1 Jun 2026 dilindungi.
Adakah kemalangan di luar Malaysia dilindungi?
Tidak.
Bolehkah wakil membuat tuntutan bagi pihak pekerja yang tidak mampu sendiri?
Boleh, tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan PERKESO.
Bolehkah majikan menuntut balik faedah yang diterima pekerja?
Tidak berhak.
Layakkah tuntutan bagi kemalangan semasa melakukan jenayah?
Tidak layak.
Bolehkah majikan mengambil tindakan (buang kerja/potong gaji) semasa pekerja menerima faedah?
Majikan tertakluk kepada peruntukan undang-undang berkaitan kontrak perkhidmatan sebelum mengambil sebarang tindakan sedemikian.
Bolehkah menuntut dua-dua faedah (Bencana Kerja dan SKBBK) untuk kemalangan yang sama?
Tidak. Hanya satu faedah dibenarkan bagi kemalangan yang sama.
Bagaimana cara memohon tuntutan?
Melalui Portal LINDUNG Faedah (lindungfaedah.perkeso.gov.my) atau hadir ke pejabat PERKESO berhampiran dengan dokumen sokongan yang lengkap.

C. Tanggungjawab & Caruman

Perlukah majikan mendaftarkan semula pekerja sedia ada?
Tidak. Pekerja sedia ada di bawah Akta 4 didaftarkan secara automatik. Pekerja baharu perlu didaftarkan melalui saluran pendaftaran biasa.
Berapakah kadar caruman dan siapa yang membayarnya?
Ditanggung sepenuhnya oleh pekerja: 0.75% (2026โ€“2028), 1.00% (2028โ€“2031), 1.25% (mulai 2031) daripada gaji bersiling RM6,000.
Apakah takrif gaji bagi tujuan caruman SKBBK?
Sama seperti Akta 4 โ€” tidak termasuk caruman statutori lain, elaun perjalanan, bayaran belanja khas, ganjaran bersara, atau bonus tahunan.
Adakah caruman ini mandatori?
Ya, untuk semua pekerja tempatan dan asing di bawah Akta 4.
Adakah majikan turut mencarum untuk SKBBK?
Tidak. Caruman sepenuhnya ditanggung pekerja.
Kenapa majikan tiada caruman untuk skim ini?
Majikan sudah mencarum 1.25% untuk Skim Bencana Pekerjaan (termasuk kemalangan pergi-balik kerja). SKBBK khusus melindungi hal peribadi pekerja yang tiada kaitan dengan pekerjaan.
Apakah tanggungjawab majikan?
Memotong caruman SKBBK daripada gaji pekerja dan membayarnya kepada PERKESO setiap bulan.
Bagaimana caruman dibayar kepada PERKESO?
Melalui Portal ASSIST 2.0 (FPX), Direct Debit Authorisation, kaunter bank terpilih (Maybank, RHB, Public Bank), atau perbankan internet.
Bilakah caruman mula berkuat kuasa dan tarikh bayaran?
Bermula caruman Jun 2026, dibayar selewat-lewatnya 15 Julai 2026. Bulan seterusnya, dibayar selewat-lewatnya 15hb bulan berikutnya.
Apa akan berlaku jika majikan gagal memotong caruman?
Majikan boleh dikenakan tindakan undang-undang atau penalti mengikut peraturan berkuat kuasa.
Adakah terdapat tempoh penangguhan (grace period)?
Ya, 6 bulan selepas skim berkuat kuasa โ€” majikan dikecualikan daripada penalti khusus SKBBK, tetapi kepatuhan undang-undang lain tetap terpakai.
Adakah pekerja kontrak/sambilan layak dilindungi?
Ya, selagi mereka didaftar dan mencarum dengan PERKESO serta memenuhi syarat kelayakan.
Adakah pekerja bekerja sendiri layak dilindungi?
Tidak. Golongan bekerja sendiri perlu mendaftar berasingan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789).
Bagaimana menyemak status caruman?
Melalui Portal/Aplikasi PRIHATIN, talian Pusat Khidmat Pelanggan 1300 22 8000, atau pejabat PERKESO berhampiran.
Bagaimana jika pekerja mempunyai lebih dari satu majikan?
Pekerja perlu memilih satu majikan untuk caruman SKBBK. Jika tiada pilihan dibuat, PERKESO akan menetapkannya secara automatik berdasarkan kriteria tertentu.
Adakah liputan bertindih jika bekerja dengan dua majikan?
Tidak. Hanya satu majikan sahaja layak membuat potongan caruman berdasarkan pilihan pekerja.
Apa perlu dibuat jika majikan tidak memotong caruman?
Pekerja boleh membuat aduan kepada PERKESO untuk siasatan lanjut.
Adakah tindakan penguatkuasaan diambil terhadap majikan yang ingkar?
Ya, termasuk kuasa memeriksa dan menggeledah premis majikan.
Apakah penalti bagi majikan yang tidak memotong caruman?
Jika disabitkan kesalahan, majikan boleh dipenjara sehingga 2 tahun, didenda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

D. Pertanyaan Lanjut

Siapa yang boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut?
Pusat Khidmat Pelanggan PERKESO di 1300 22 8000, atau hadir ke pejabat PERKESO yang berhampiran.
Ada Soalan Lain?

Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERKESO

1300 22 8000

atau lawati Portal LINDUNG Faedah untuk membuat tuntutan

Iklan